Piagam Pelanggan-Keluarga
- Keganasan Rumah Tangga
- Siasatan awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
- Intervensi awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 1 jam kepada mangsa keganasan rumah tangga yang hadir ke pejabat.
- Bantuan Kewangan
Bantuan Am (BA)
- Keputusan permohonan Bantuan Am dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Keputusan permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan Lantihan Perantis (BLP)
- Keputusan permohonan Bantuan Latihan Perantis dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
- Keputusan permohonan Bantuan Geran Pelancaran dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan Sekolah (BS)
- Keputusan permohonan Bantuan Sekolah dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Perintah Khidmat Masyarakat
- Laporan Sosial Pesalah Muda disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh kertas pertuduhan diterima daripada Polis / Mahkamah.
- Laporan Kemajuan Pesalah Muda dikemukakan kepada Mahkamah dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Laporan Penilaian Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dikemukakan kepada Mahkamah / keluarga / pelatih dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tamat pelaksanaan perintah.
- Keputusan perpindahan tempat pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Pusat Jagaan
- Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengendali Pusat Jagaan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Kaunseling dan Psikologi
- Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.