EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Piagam Pelanggan-Warga Emas

  1. Kemasukan Ke Institusi Warga Emas / Rumah Ehsan
    • Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Warga Emas / Rumah Ehsan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan tarikh permohonan yang lengkap diterima.
       
  2. Bantuan Kewangan
    Bantuan Orang Tua (BOT)
    • Keputusan permohonan Bantuan Orang Tua dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

  3. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.